www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws

Monday 5 March 2012

PENGGANDAAN

Kekeliruan proses penggandaan…?

Kebanyakan pelajar sudah memahami bagaimana proses penggandaan kata majmuk atau kata tunggal. Contohnya:-
Penggandaan kata majmuk
pengetua sekolah > pengetua-pengetua sekolah
ketua bilik > ketua-ketua bilik
Penggandaan kata tunggal
bola > bola-bola / bebola
cantik > cantik-cantik

Masalah akan timbul apabila ada segelintir pelajar menganggap kata setara sebagai kata majmuk dan cuba menggandakan kata tersebut seperti kata majmuk.
Kata setara
ibu bapa > ibu-ibu bapa / ibu bapa-ibu bapa X
adat resam > adat-adat resam / adat resam-adat resam X
pinggan mangkuk > pinggan-pinggan mangkuk / pinggan mangkuk-pinggan mangkuk X
periuk belanga > periuk-periuk belanga / periuk belanga-periuk belanga X
lembu kambing > lembu-lembu kambing / lembu kambing-lembu kambing X

Kata setara ialah kata yang terdiri daripada dua patah kata yang setara dari segi makna ataupun jenisnya, contoh:-
lembu kambing > lembu sejenis binatang ternakan; kambing pun sejenis binatang ternakan
pinggan mangkuk > pinggan – alatan di dapur; mangkuk pun alatan di dapur

Berbanding kata majmuk:-
guru besar > guru – pekerjaan; besar – kata adjektif
balai polis > balai – ialah pejabat / tempat; polis – pekerjaan

# Kata majmuk ialah kata terdiri daripada dua kata yang tidak setara.
Kata setara tidak boleh digandakan seperti kata majmuk.
Untuk menunjukkan banyak atau ‘jamak’ kita terpaksa menggunakan kata bilangan pada kata setara:-
semua ibu bapa
semua pinggan mangkuk
kebanyakan lembu kambing
◕‿◕ Permulaan sabar adalah pahit tetapi manis akhirnya.◕‿◕