www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws

Friday 9 March 2012

PENGENALAN

Kursus Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer merupakan kursus major untuk pelajar Program Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (Bahasa Melayu Pendidikan Rendah). Kursus ini bernilai 3 kredit dan dilaksanakan secara amali yang berjumlah 90 jam.

SINOPSIS

Kursus ini menjelaskan tentang Penggunaan Internet, Pemilihan Bahan Internet, Laman Web, dan Tapak Pembelajaran; Perpautan dalam Penyusunan Bahan, Perpautan Antara Bahan; Pengeditan Bahan Pengajaran secara On Line; Penggunaan Bahasa Melayu dalam Bahan Internet; Simulasi Pengajaran Bahasa Melayu secara Sidang Video; Penggunaan Alat Pengarangan; Animasi dalam Persembahan Bahan; dan Penggunaan CD Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.

Senarai Tajuk


Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer


1.Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu
Menggunakan web, video, audio dan imej.
Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.
Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.

2. Menggunakan Internet, Enjin Pencari Bahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks.
Mengumpul bahan daripada internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa.

3.Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet
Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan internet
Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan internet dalam bentuk brosur dan PowerPoint

4. Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Memilih bahan sastera
Memilih bahan tatabahasa
Memilih bahan bidang ilmu lain

5.Membina dan Menggunakan Tapak, Laman Web Pembelajaran dan Pakej Tutorial Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
Prosedur pembinaan laman web pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan web bahasa Melayu
Membina dan menggunakan pakej Tutorial Pembelajaran

6.Membina dan Mengaplikasikan Struktur Perpautan dalam Penyusunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Struktur Hierarki dan Struktur Komposit
Struktur Linear
Struktur Rangkaian

7.Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Bengkel model pembinaan pemprosesan maklumat
Mengaplikasi model pemprosesan maklumat dalam simulasi pengajaran dengan menggunakan tapak pembelajaran.
Membina bahan.

8. Pengajaran Bahasa Melayu secara dalam talian dan luar talian
Melaksanakan simulasi pengajaran dalam talian
Melaksana simulasi pengajaran dalam talian dan luar talian dengan menggunakan laman web dan tapak pembelajaran

9.Mengedit Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian Menjadi Brosur, News Letter, dan Kad Pengumuman
Prosedur pengeditan
Prinsip pengeditan
Melaksanakan pengeditan
Aplikasi ke dalam pengajaran kemahiran bahasa

10.Membina Bahan Video dan Audio Untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
Menentukan peringkat pengajaran dan kemahiran bahasa
Menentukan prinsip pembinaan bahan video dan audio
Membina bahan video dan audio
Menggunakan persian audio untuk pengajaran
kemahiran mendengar bertutur dan membaca.

11.Pengajaran Bahasa Melayu Secara Sidang Video
Konferensi secara dalam talian
Mengadakan sidang video untuk mengajarkan kemahiran mendengar bertutur, membaca, dan menulis.

12.Menggunakan Alat Pengarangan dalam Pengajaran Bahasa Melayu
Menggunakan alat pengarangan dalam mencapai kemahiran bahasa sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah
Aplikasi penyuntingan bahan Bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan

13.Mereka Cipta Animasi dalam Persembahan Bahan Pengajaran Bahasa Melayu
Menggunakan animasi perkataan dan objek PowerPoint
Mencari, mengumpul, menyesuaikan dan menggunakan animasi daripada Internet
Memanipulasi animasi dalam persembahan

14. Bengkel Cakera Padat Pembelajaran dalam Pengajaran Bahasa Melayu
Meneroka dan mengklasifikasikan cakera padat
Memilih cakera padat pembelajaran bahasa Melayu
Menggunakan cakera padat dalam aktiviti pengajaran

15. Seminar dan Pameran TMK Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dekad Kini dan Mendatang
Mengadakan seminar
Mengadakan pameran

◕‿◕ Permulaan sabar adalah pahit tetapi manis akhirnya.◕‿◕