www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws

MINGGU 3

Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet

· Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan Internet
· Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan Internet dalam bentuk brosur dan Power Point


GARIS PANDUAN MENGENAI TATACARA PENGGUNAAN INTERNET

Internet adalah medium saluran global dan merupakan punca maklumat yang tidak terkawal. Oleh sebab itu, ketepatan maklumat internet tidak boleh ditentukan. Justeru, penjawat awam perlu memainkan peranan dan bertindak secara bijak menilai kesahihan, ketepatan, kesesuaian sesuatu maklumat yang diperolehi agar kerja yang dilaksanakan tidak menyimpang jauh dari tujuan sebenar jabatan.

Penggunaan Internet dengan cara yang tidak bertanggungjawab adalah dianggap sebagai pelanggaran tatacara yang boleh mengancam keselamatan, keutuhan dan kerahsiaan maklumat, melemahkan sistem ICT dan pengurusan rekod elektronik, mengganggu sistem rangkaian ICT dan merosakkan imej Perkhidamatan Awam.

Aplikasi Garis Panduan & Etika Penggunaan Internet

Etika komputer umumnya adalah satu bidang yang berkaitan dengan penggunaan komputer yang betul (panduan). Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu atau kes yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat.



 "Tekan link dibawah untuk melihat langkah-langkah menyediakan powerpoint"




Objektif Kod Etika

i. Mengetahui masalah moral dan isu etika komputer
ii. Memahami prinsip etika komputer
iii. Memahami etika professional Teknologi Maklumat
iv. Mengetahui fungsi kod etika profesional
v. Keperluan etika komputer

Prinsip Kod Etika
  • Keseimbangan
  • Keizinan temaklum
  • Keadilan
  • Meminimumkan risiko
a. Keseimbangan
  • Kebaikan yang dibawa oleh teknologi maklumat
  • Mestilah lebih baik daripada risiko dan keburukan.
b. Keizinan termaklum
  • Mesti faham dan menerima risiko yang akan dihadapi. 
  • Apabila mereka telah faham maka mereka lebih bersedia menerima sebarang risiko yang timbul.
c. Keadilan
  • Manfaat dan keburukan teknologi maklumat mesti diagih secara adil. Mereka yang menerima kebaikan patut menanggung sama risiko dan mereka yang tidak menerima kebaikan tidak patut menanggung risiko yang lebih.
  • Risiko yang diterima haruslah adil untuk kedua belah pihak.
d. Meminimumkan risiko
  • Teknologi maklumat mesti dilaksanakan dengan mengelak risiko yang tidak berkaitan dan diminimumkan agar manfaat yang diterima daripada teknologi maklumat adalah lebih daripada risikonya.

Rukun Etika

i. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
ii. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
iii. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
iv. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri
v. Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
vi. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah (cetak rompak).
vii. Tidak menggunakan sumber daripada komputer orang lain tanpa kebenaran.
viii. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.
ix. Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.

Masalah moral dan etika
  1. Penggertak
  2. Penyalah-gunaan internet
  3. Virus
  4. Hak cipta
  5. Perisian cetak rompak
Penggertak (Cracker)
Cracker ialah golongan yang menceroboh ke dalam sistem komputer dan merosakkan sistem yang ada dengan tujuan utama membuat keuntungan.
Cracker tidak menulis program untuk membangunkan perisian tetapi menggunakan perisian yang dibangunkan orang lain untuk tujuan kemusnahan

Penyalahgunaan internet
Konsep ‘langit terbuka’ yang dilaksanakan oleh negara kita telah mengundang banyak implikasi buruk kepada para pengguna Internet terutamanya di kalangan remaja.

Virus
Sebarkan virus yang akan merosakkan sistem, data, perisian, dan melumpuhkan rangkaian komputer.

Hak cipta terpelihara
Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah salah dari segi undang-undang hakcipta. Keizinan daripada pemiliknya adalah perlu.

Perisian cetak rompak
Maklumat yang diperolehi yang tidak mendapat kebenaran pemilik asal untuk dibuat cetakan secara tulisan dan audio visual.

Kaedah penggunaan e-mel dengan betul
  • Pemilikan Akaun E-mel Pemilikan akaun e-mel bukanlah hak mutlak seseorang. Ia adalah kemudahan yang tertakluk kepada peraturan jabatan dan boleh ditarik balik jika penggunaannya melanggar peraturan.
  • Penghantaran Penghantaran e-mel rasmi hendaklah menggunakan akaun e - mel rasmi dan pastikan alamat e-mel penerima adalah betul. Penerimaan Pengguna seharusnya mengelakkan dari membuka e-mel daripada penghantar yang tidak diketahui atau diragui.

Kerangka Kod Profesional

i. Mengelakkan kemusnahan dan kemudaratan kepada sesiapa misalnya menyebarkan virus.
ii. Menyumbang kepada masyarakat seperti mereka bentuk produk baru yang memudahkan penggunaan berkomunikasi. 
iii. Menghormati sesuatu yang dianggap rahsia dan tidak menyebarkannya.
iv. Bersikap adil dan tidak menindas.
v. Menghormati hak cipta orang lain.
vi. Menghormati hak kebersendirian orang lain



Tekan url di bawah untuk melihat Aplikasi garis panduan & penggunaan internet



Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan internet dalam bentuk brosur dan Power Point 

Brosur
Brosur ialah untuk sebagai media promosi. Brosur ini digunakan di mana untuk memberi tahu atau memujuk masyarakat untuk melibatkan diri dalam sesuatu bidang yang tertentu. Brosur juga dapat digunakan dalam dunia perniagaan dimana dapat menyampaikan maklumat atau jualan yang diadakan.


  "Tekan link dibawah untuk melihat langkah-langkah menyediakan brosur "





Power Point
Perisian Power Points atau keynote adalah perisian yang banyak digunakan terutama dalam persembahan oleh bahagian korporat atau syarikat komersial,pembentangan kertas kerja dalam seminar atau persidangan, kuliah atau tutorial di institusi pengajian tinggi dan pengajaran dalam bilik darjah.
Pada masa ini, power points bukan sahaja mempunyai kelebihan untuk membuat persembahan pasif atau satu hala malahan mempunyai kelebihan untuk menjadikan persembahan lebih interaktif. Ini membawa maksud perkataan power point boleh berfungsi sebagai alat pengarang untuk mengatur cara dan membina bahan Instruksi Berbantu Komputer (IBK) yang berkesan. 


 "Tekan link dibawah untuk melihat langkah-langkah menyediakan powerpoint"


◕‿◕ Permulaan sabar adalah pahit tetapi manis akhirnya.◕‿◕