www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws

MINGGU 5

Membina dan Menggunakan Tapak dan Laman Web Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

· Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
· Prosedur pembinaan laman web pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
· Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web bahasa Melayu


PENGENALAN

Zaman internet ini, penggunaan halaman web membolehkan sesiapa sahaja sama ada individu, syarikat atau organisasi untuk menyalurkan pandangan, maklumat, pembelajaran hidupan dan sebagainya yang boleh dicapai oleh sesiapa didunia dalam masa beberapa saat sahaja.


Kepentingan membina laman web
Terdapat pelbagai kepentingan laman web perlu dibina. Antaranya ialah:
i. Memaparkan idea
• Memaparkan idea yang berguna dan mampu membantu orang lain.

ii. Meningkatkan kebolehan diri
• Dapat meningkatkan kebolehan dan kemahiran diri dalam bidang internet

iii. Komunikasi maya
• Boleh manjalankan sesi komunikasi maya dengan pengguna di seluruh dunia dan boleh mengadakan perbincangan bersama

iv. Berkongsi maklumat
• Mampu berkongsi maklumat sesama pengguna


Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
Tapak pembelajaran merupakan satu tempat yang menyimpan pelbagai halaman-halaman web dimana halaman tersebut boleh dicapai oleh pengguna internet. Tapak pembelajaran ini merupakan bahan pengajaran masa kini yang menggunakan komputer sepenuhnya. Tapak pembelajaran ini sering digunakan guru sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Tapak pembelajaran haruslah berpandukan kepada Rancangan pengajaran Harian.

I.Set Induksi
II.Langkah 1
III.Langkah 2
IV.Langkah 3
V.Penutup

Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dengan mengguna Power Point

























(Sila tekan pautan dibawah untuk melihat contoh tapak pembelajaran yang sebenar)







2. PROSEDUR PEMBINAAN LAMAN WEB PEMBELAJARAN BAGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU



Blog berasal dari kata Web dan Log (WEBLOG) yang bererti catatan online (yang berada di web).  Pengertian yang lebih lengkap, blog adalah laman web yang berisi tulisan, artikel atau informasi bermanfaat yang baharu secara teratur dan dapat diakses secara online baik untuk umum mahupun secara peribadi

Ciri-ciri :
Berikut adalah ciri-ciri blog secara umum
  1. Memiliki Nama dan Alamat yang boleh diakses secara online
  2. Memiliki tujuan
  3. Memiliki isi yang berupa artikel, catatan, dan informasi lainnya
  4. Isi Blog umumnya selalu bertambah atau dibaharu sesuai dengan tujuan blog

Tujuan Blog Secara Umum, antara lain :
  1. Menyampaikan informasi yang bermanfaat untuk diri sendiri mahupun bagi orang lain
  2. Memberikan keuntungan bagi diri sendiri mahupun orang lain
  3. Menyalurkan hobi dan mengisi waktu lapang dengan kegiatan yang positif
  4. Berkarya 
  5. Saling bertukar pengetahuan dengan pembaca, blogger menulis

LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN


Sebelum kita membuat blog, kita harus mempunyai satu alamat e-mail yang masih aktif dan sebaiknya kita memiliki satu alamat e-mail di gmail.

Cara Membuat Gmail
1. masuk ke www.gmail.com

 

2. Pilih Signup ke Gmail untuk mendaftar, kemudian isi formula dengan lengkap

 


3. selepas semua tempat konsog di isi, bererti anda telah berjaya berdaftar dengan akaun gmail dan terpapar akaun anda seperti di bawah.



Cara membuat blog

1. Langkah pertama yang perlu di lakukan ialah mendaftar dengan www.blogger.com. dan tekan get started


2. Muncul paparan seperti ini dan tekan create a blog.


2. Setelah anda ke www.blogger.com, anda akan di minta untuk mendaftar. Masukkkan email dan password untuk sign in.


Selepas itu anda di minta untuk isikan form di atas.

1. Masukkan display name anda. Display name adalah nama yang akan di paparkan selepas setiap entry di postkan. Anda boleh masukkan apa-apa nama mengikut kesukaan anda. Nama sebenar, atau nama samaran, atau kalau tak tahu sangat boleh letak admin jer.

2. Kemudian klik term dan services untuk setuju.

3. Selepas itu klik continue.

CARA MENDAFTAR BLOG

1. Cara mendaftar blog dan bagaimana memilih nama blog anda. Pilihan nama bergantung kepada anda. Apa sahaja nama yang hendak diletakkan terpulang kepada anda.

2. Setelah anda sign up pada tutorial pertama tadi anda akan di bawa kehalaman ini. Anda klk “create your blog now”

3. Seterusnya anda perlu isikan nama blog anda. Jika anda ingin membuat blog peribadi anda boleh letakkan nama anda atau nama samaran.

4. Setelah letakkan nama.Kemudian klik “continue”
cara memilih template blog
5. Selepas itu anda akan di minta untuk pilih template ataupun tema blog anda. Untuk pengetahuan anda tema ini boleh di tukar pada bila-bila masa. Jadi anda boleh pilih mana-mana terlebih dahulu kemudian boleh boleh tukar yang lain lepas ni. Klik “continue”.
6.Blog dah berjaya di daftarkan, untuk memulakan post anda klik “start blogging”

7. Masukkan Tajuk kemudian taip cerita anda seperti contoh di atas. Blogger juga mempunyai paparan yang lebih kurang sama dengan Microsoft Office Word iaitu untuk edit apa yang telah di taipkan seperti untuk bold tulisan, untuk warnakan tulisan dan sebagainya. Anda boleh nampak di bawah title seperi gambar di atas.
Selepas selesai anda taip, anda boleh klik pada butang “Publish” untuk masukkan artikel tersebut ke dalam blog anda. Jika anda tidak mahu publish lagi, anda boleh save terlebih dahulu dan klik “view blog” untuk melihat bagaimana keadaan artikel anda sebelum di publishkan. Selain itu juga anda boleh klik “preview” untuk melihat paparan artikel anda sebelum di publishkan.



8. View blog anda dan ia akan memaparkan paparan seperti di bawah mengikut template yang anda pilih.


9. Hias blog anda supaya nampak ceria dan pengunjung tidak berasa bosan apabila berkunjung ke blog anda.









◕‿◕ Permulaan sabar adalah pahit tetapi manis akhirnya.◕‿◕