www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws

MINGGU 4

Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

a. Memilih bahan sastera
b. Memilih bahan tatabahasa
c. Memilih bahan bidang ilmu lain



Pengenalan

Guru perlu memilih bahan bersesuaian dengan pengajaran bagi mendapatkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Pemilihan bahan boleh merangkumi bahan:


(Tekan link di bawah untuk membawa anda ke pautan yang dikehendaki)





Aspek-aspek penilaian

1. Kewibawaan (Credibility)
  • Dinilai menerusi kewibawaan penulis atau pengendali laman web berkenaan
2. Ketepatan (Accuracy)
  • Merujuk kepada tarikh, fakta dan maklumat yang mengiringi sesuatu bahan sumber itu sama ada telah ditulis dengan betul atau tidak
3. Kewajaran (Reasonableness)
  • Merujuk kepada sama ada ia menggambarkan keadilan, pernyataan pendapat yang seimbang, sederhana serta ketekalan maklumat yang dipaparkan.
4. Sokongan (Support)
  • Kejelasan sumber rujukan yang telah digunakan oleh penulis bahan sumber itu

Kemahiran dalam Bahasa Melayu
Sebelum mendapatkan bahan di internet, guru perlu mengetahui beberapa kemahiran yang terdapat dalam Bahasa Melayu bagi memudahkan pencarian bahan. Kesinambungan ini perlu supaya pengajaran menjadi lebih berkesan, menarik dan bersesuaian dengan aktiviti pengajaran.

I.Kemahiran berbahasa
II.Kemahiran Bernilai Tambah
III.Kemahiran TMK
IV.Kemahiran Berfikir
V.Kemahiran masa Depan
VI.Kemahiran Kontekstual
VII.Kemahiran Belajar Cara Belajar

Faktor pemilihan bahan di internet
i. Sumber
• Jumlah bahan sumber yang terlalu banyak
ii. Bebas
• Kebebasan menerbitkan bahan sumber di internet
iii. Kesahan
• Bahan tidak memerlukan pengesahan

Kepentingan selepas memilih bahan internet
Selepas memilih bahan di internet, guru perlu mengambil beberapa langkah yang penting sebelum mengambil bahan untuk dijadikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
i. URL
• Guru perlu mendapatkan URL bahan supaya mudah mendapatkansumber rujukan bahan.
ii. Isi
• Menentukan kewajaran dan kesahan isi bahan yang didapatkan sebelum digunakan.
iii. Semak
• Guru meyemak ejaan dan kesalahan yang perlu dibetulkan.



MEMILIH BAHAN SASTERA

Bahan sastera merupakan bahan yang sering digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Bagi mendapatkan proses P&P yang berkesan, guru perlulah memilih bahan-bahan yang bersesuaian dengan tahap pembelajaran umur murid-murid mereka. Kriteria-kriteria tertentu perlulah diambil kira agar guru tidak tersalah memilih bahan yang ingin digunakan. Pemilihan bahan sastera juga perlulah berkaitan unsur-unsur kesusteraan. Menurut Hashim Awang, unsur-unsur yang terdapat dalam kesusteraan ialah seperti:

i. Intelek
ii. Emosi
iii. Imaginasi
iv. Teknik


 Faktor-faktor pemilihan bahan
  • Umur
  • Tahap
  • Aktiviti


 (Tekan link di bawah untuk membawa anda ke pautan yang dikehendaki)

a. Jenis-jenis sastera




Contoh :

BAHAN SASTERA
Menurut Abdul Rasid Jamian dan Arba'ie Sujud (2001 : 31), melalui pembacaan karya sastera sebagai bahan pengajaran, murid-murid akan dapat menikmati serta menghayati kesusasteraan Melayu yang disampaikan dalam struktur bahasa yang indah. Bahan sastera biasanya digunakan untuk mengajar kefahaman, perbendaharaan kata, tatabahasa, lisan dan sebagainya.

Contoh bahan sastera yang dipilih untuk P&P Bahasa Melayu;

-PERIBAHASA-

Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah (sesuatu yang tetap utuh)

Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam sesuatu mesyuarat, perbincangan

Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud : Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh

Bagai aur dengan tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara satu sama lain dan saling membantu.

Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan

Indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan

Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi

sumber rujukan http://www.ipuisi.com/koleksi-peribahasa-melayu-simpulan-bahasa-dan-maksud

Papan cerita pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahan sastera.
Sasaran murid :  Murid Tahap 2.

Langkah-langkah pengajaran;
Guru memaparkan kad perkataan yang mengandungi peribahasa-peribahasa diatas.
Murid diminta membaca satu persatu peribahasa tersebut secara beramai-ramai, dipilih secara rawak dan individu.
Guru menerangkan mengenai peribahasa. Kemudian guru menerangkan maksud setiap peribahasa tersebut.
Murid diminta untuk membina ayat berdasarkan peribahasa-peribahasa tersebut.




MEMILIH BAHAN TATABAHASA

Bahan tatabahasa sebenarnya sering digunakan oleh guru untuk menjalankan latihan pengajaran. Kebiasaannya murid-murid sudah menguasai atau mengetahui bab yang dipelajari sebelum diberikan latihan tatabahasa ini. Hal ini kerana, pengajaran langsung daripada guru berkaitan tatabahasa lebih berkesan.


Faktor-faktor pemilihan bahan
  • Tahap
  • Kesahan
  • Aktiviti 

(Tekan link di bawah untuk membawa anda ke pautan yang dikehendaki)

a. Jenis-jenis bahan tatabahasa

Senarai dibawah merupakan beberapa contoh jenis bahan tatabahasa



Contoh :

BAHAN TATABAHASA

Sintaksis
Cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat.
Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.

Ayat
Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat.
Contohnya: Ahmad sedang membuat kerja rumah
Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu (i) Ahmad sedang dan bahagian (ii) membuat kerja rumah.

Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).
Lihat contoh-contoh berikut dan kaji unsur-unsur (frasa) yang mendasari ayat.

Subjek AyatPredikat AyatFrasa SubjekFrasa PredikatRumus Pola Ayat
Ahmadmengulangkaji tatabahasaFrasa NamaFrasa KerjaFN + FN
Cikguke sekolahFrasa NamaFrasa Sendi NamaFN + FS
Fatimahamat rajinFrasa NamaFrasa AdjektifFN + FA
Ah Chongseorang usahawanFrasa NamaFrasa NamaFN + FN

Papan cerita pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahan sastera.
Sasaran murid : Murid Tahun 4.

Langkah-langkah pengajaran;

Murid-murid diberi penerangan mengenai ayat dan murid membina ayat daripada perkataan yang diberi guru.
Murid-murid dikehendaki membezakan subjek dan predikat daripada ayat yang telah dibina murid.
Guru membetulkan kesalahan murid jika terdapat kesalahan.
Kemudian  murid lain diminta untuk membaca dalam suara yang nyaring dan intonasi suara yang betul secara beramai-ramai dan individu daripada ayat yang dibina td.
Murid dminta untuk menyatakan langkah-langkah kitaran hidup rama-rama berdasarkan teks



MEMILIH BAHAN ILMU LAIN

Merujuk sukatan pelajaran Bahasa Melayu, Konsep 5P yang diperkenalkan telah memberikan peluang kepada guru untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran merentas bidang ilmu yang lain. Namun, pemilihan bahan ini haruslah berkaitan atau berkesinambungan dengan pengajaran Bahasa Melayu.


Faktor pemilihan bahan
  •  Kesesuaian
  • Tahap
  • Kesinambungan
  • Aktiviti

(Tekan link di bawah untuk membawa anda ke pautan yang dikehendaki)

Jenis bidang ilmu lain


Contoh :

BAHAN ILMU LAIN
Bahan bidang ilmu lain yang saya pilih adalah; Ilmu Sains. Iaitu mengenai "Kitaran Hidup Rama-Rama".

"KITARAN HIDUP RAMA-RAMA"
Taman bunga menjadi indah apabila dihiasi rama-rama berwarna-warni. Sifat rama-rama yang berterbangan ke sana ke mari tanpa henti mencerminkan betapa bebasnya hidup serangga ini. Rama-rama mencari madu bunga sebagai makanan. Lidah rama-rama yang bergelung itu begitu mudah dilentur untuk menghisap madu dan menyapu debunga.  Kawan-kawan, tahukah anda bahawa secara purata, seekor rama-rama boleh bertelur sebanyak 200 biji. Daripada sebiji telur kecil, lahirlah seekor ulat bulu. Ulat bulu ini mempunyai nafsu makan yang menakjubkan selama dua atau tiga minggu. Kemudian, ulat bulu itu mencari tempat untuk bergayut. Ini menandakan bermulanya satu lagi kejadian hidup rama-rama.
Ulat buku itu akan menjadi seekor kepompong atau pupa. Kepak dan kakinya akan terbentuk. Akhirnya, jadilah seekor rama-rama.

sumber rujukan http://wanzawh.blogspot.com/2009/01/kitaran-hidup-rama-rama.html

Papan cerita pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahan sastera.
Sasaran murid : Murid Tahun 3.

Langkah-langkah pengajaran;

Murid-murid dipaparkan gambar Kitaran Hidup Rama-Rama dan pelbagai jenis rama-rama yang cantik.
Murid-murid ditayangkan teks mengenai Kitaran Hidup Rama-rama dalam slaid.Kemudian diminta untuk membacakannya dalam suara yang nyaring dan intonasi suara yang betul secara beramai-ramai dan individu.
Murid dminta untuk menyatakan langkah-langkah kitaran hidup rama-rama berdasarkan teks yang ditayankan sebentar tadi.

◕‿◕ Permulaan sabar adalah pahit tetapi manis akhirnya.◕‿◕