www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws

Monday 5 March 2012

Ilmu Matematik

Ilmu Matematik

Orang Sumeria di Mesopotamia dikatakan bertanggungjawab memulakan disiplin matematik. Semasa Mesopotamia di bawah tamadun Sumeria, bidang-bidang algebra dan geometri dimulakan. Melalui kemahiran matematik mereka telah melahirkan/mengasaskan dua sistem kiraan iaitu sistem decimal (berdasarkan unit 10 atau perpuluhan ) dan berdasarkan unit 60. Melalui sistem unit 60 mereka mengira bulatan dan masa. Mereka merupakan orang yang pertama mencipta satu pusingan jam mengandungi 60 minit, satu minit mengandungi 60 saat. Mereka lah yang mencipta satu bulatan mengandungi 360 darjah yang digunakan hingga ke hari ini, begitu juga dengan Khatulistiwa yang dibahagikan kepada 360 darjah. Mereka juga mencipta kira bahagi, kira darab, kuasa dua dan kuasa tiga. Mereka juga mahir dalam mengira keluasan sesuatu kawasan dan isipadu.

Mesir purba telah mengasaskan unsur-unsur penting dalam matematik dan geometri. Mereka telah mencipta sistem timbangan dan ukuran. Melalui matematik, mereka dapat dapat mengira dengan tepat segi tiga, trapezium dan bulatan. Mereka telah mempunyai pengetahuan tentang kira bahagi dan kira tambah. Melalui ilmu matematik ini, mereka dapat menyediakan senarai cukai.Namun mereka tidak memperkembangkan ilmu ini yang mengakibatkan ketidakselarasan antara bidang sains dan kesusasteraan. Walau bagaimanapun, penciptaan tersebut menjadi bahan kajian oleh penyelidik-penyelidik Greek kemudiannya dan mengembangkan ilmu ini ke Eropah. Mereka menggunakan ilmu matematik untuk tujuan pembinaan seperti pembinaan piramid. Sebab itulah kita dapati ukuran piramid dibuat bukan secara sembarangan.

Greek juga terkenal dengan ilmu matematik. Ahli-ahli falsafah mereka adalah di antara yang mengembangkan ilmu ini. Greek telah menyaksikan perkembangan bidang matematik. Antara tokoh terkenal dalam bidang ini ialah Thales, Pythagoras, Archimedes, Democritus dan Hipparchus. Thales telah mengasaskan kepentingan geometri. Beliau telah menunjukkan bahawa bulatan dibahagikan kepada dua bahagian yang sama oleh diameternya. Beliau juga mendalami bidang astronomi dengan memberi anggaran saiz matahari dan mengatakan bahawa bulan mendapat cahayanya dari matahari. Pythagoras merupakan pengembang prinsip-prinsip geometri dan mengasaskan Teorem Pithagoras. Beliau berpendapat bahawa dunia adalah bulat. Archimedes pula merupakan orang yang bertanggungjawab mecita Hukum Archimedes. Beliau telah menjalankan kajian penting dalam geometri. Beliau menemui cara mengira luas dan isi padu bentuk-bentuk sfera, silinder dan kon.. Cara yang digunakan seakan-akan sama dengan kalkulus iaitu satu cara pengiraan yang digunakan dengan meluas dalam bidang sains dan matematik hari ini. Hipparchus memperkenalkan peraturan sinus dan kosinus yang digunakan dalam trigonometri. Sekolah-sekolah di Rom turut mengajar mata pelajaran matematik dan geometri. India juga tidak ketinggalan dalam bidang matematik. Semasa diperintah oleh Dinasti Gupta (320-500M),sistem nombor iaitu 0 hingga 9 telah dicipta.

◕‿◕ Permulaan sabar adalah pahit tetapi manis akhirnya.◕‿◕