www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws

Monday 5 March 2012

PANTUN

PANTUN

Apakah itu Pantun??

Perkataan yang berkaitan sirih pinang banyak digunakan di dalam pantun, puisi, pepatah dan gurindam serta bidalan Melayu. Pantun merupakan puisi tradisi Melayu yang di dalamnya terserlah kehalusan budi dan ketajaman fikiran. Peribahasa pula mengandungi bidalan, pepatah, perumpamaan dan pembilang atau disebut juga, kata orang tua-tua. Di dalam peribahasa terkandung cakap-cakap bijaksana bagi menggambarkan pengalaman hidup. Ianya selalu disebut-sebut, lalu dipakai untuk menjadi sebagai bandingan, tauladan dan pengajaran.

Contoh-contoh Pantun

Membeli sirih dari pekan,
Mengasah kapak menuju kebun;
Hati kasih kepada tuan,
Sehari tak nampak rasa setahun.

Mengail ikan di bawah batang,
Ikan siakap kata senangin;
Tiga bulan abang tak datang,
Sirih dihantar dilayang angin.

Pinang tua beraga-raga,
Pinang muda lebihlah lagi;
Orang tua mengada-ngada,
Orang muda lebihlah lagi.

Pisau lipat di dalam puan,
Mari lambung di atas atap;
Sudah lama dendamkan tuan,
Ditunjuk jari namun tak dapat.

Pisau raut membelah pinang,
Parang mengerat pokok papaya;
Karam di laut boleh direnang,
Karam di darat apa upaya.

Putik pauh dari permatang,
Sayang selasih dalam puan;
Lagi jauh kami datang,
Kerana kasih kepada mu tuan.

Saya tak tahu pukul rebana,
Telunjuk patan saya tekankan;
Saya tak tahu sirih makna,
Sirih diunjuk saya makankan.

◕‿◕ Permulaan sabar adalah pahit tetapi manis akhirnya.◕‿◕