www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws

Monday 5 March 2012

KATA SENDI NAMA

KATA SENDI NAMA.

•Kata sendi nama ialah kata yang digunakan untuk merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa lain.
•Kata sendi memerlukan frasa nama sebagai objek untuk membentuk frasa sendi.
Contoh:
Surat ini ditujukan kepada Ahmad.
Penjelasan:
Dalam ayat ini, kepada ialah kata sendi manakala Ahmad ialah objek bagi kata sendi tersebut.
Kata Sendi Nama : Jenis-jenis.

~KE~
1. Tempat
2. Benda konkrit (tak bernyawa)
3. Masa
contoh:
1. Saya pergi ke Pahang.
2. Bola itu dicampak ke dinding.
3. Dia belum pulang hingga ke hari ini.

~KEPADA~
1. benda konkrit(bernyawa)
2. benda abstrak(kecuali masa)
contoh:
1. Buku itu diserahkan kepada Ali.
2. Penyakit itu membawa kepada penderitaan.

~DARI~
1. arah
2. tempat
2. masa
contoh:
1. Ali muncul tiba-tiba dari belakang Abu.
2. Pemain itu berasal dari Kelantan.
3.` Dari pukul lapan pagi lagi, latihan sudah dijalankan.

~DARIPADA~
Umum
1. Orang
2. asal kejadian
3. perbandingan
Contoh:
1. Bunga itu hadiah daripada guru.
2. Kerusi dibuat daripada kayu.
3. Aisyah lebih cantik daripada Swee Lan.

~DI~
1. tempat (sahaja, selain daripada itu, tidak dikira sebagai kata sendi, sebalik imbuhan di-)
Contoh
1. Saya tinggal di Jalan Utara.

~PADA~
1. masa
2. orang
3. benda abstrak
contoh :
1. Pada zaman ini,komputer adalah penting.
2. Buku itu aada pada Ali.
3. Pada pendapat saya,ayat
itu salah.

◕‿◕ Permulaan sabar adalah pahit tetapi manis akhirnya.◕‿◕